gambar ini hanya ilustrasi
Firman Allah S.W.T. “ Dan hendaklah kamu membawa 70,000 Malaikat
yang kesemuanya penuh dengan sifat murka dan kecemasan dan setiap malaikat
Zabaniah membawa rantai dari neraka Ladha dan cabutlah dengan 70,000 cungkilan
dari neraka Ladh. Dan perintahkan kepada malaikat Malik supaya membuka semua
pintu-pintu neraka.”
gmbar ini hanya ilustrasi
Setelah mendapat perintah dari Allah S.W.T. maka
malaikat maut pun turun dengan bentuk yang paling menakutkan dan diceritakan
andaikata kalau penduduk langit dan dunia melihatnya nescya akan menjadi cair
mereka semua disebabkan rupanya yang paling menakutkan itu. Apabila sampai saja
malaikat maut pada Iblis laknat lalu malaikat maut membentaknya dengan sekali
saja maka jatuh pensanlah si Iblis laknat dengan berdengkur dan sekiranya
dengkur si Iblis laknat itu di dengar oleh penduduk di timur hingga ke barat
nescaya akan pingsan kesemua mereka itu, lalu Malaikat maut membentak lagi: “
Berhentilah kamu Iblis laknat yang jahat dan kini rasalah kepedihan maut
sebagaimana yang dirasai oleh orang yang kau sesatkan dalam beberapa abad yang
engkau hidup dan inilah hari yang ditentukan oleh Allah S.W.T. terhadap kamu,
maka ke manakah kamu hendak lari!”
Apabila Iblis laknat mendengar saja apa yang
dikatakan oleh malaikat maut kepadanya, maka diapun lari kehujung timur, tetapi
malaikat maut telah sedia berada di depannya, lalu larilah Iblis laknat itu
menyelam ke dalam laut, tetapi malaikat maut telah sedia berada di depannya,
lalu laut melemparkan Iblis laknat itu. Maka larilah Iblis laknat itu
mengelilingi bumi, tetapi tidak ada satu tempat pun untuk dia sembunyi,
kemudian Iblis laknat itu pun lari mendapatkan kubur Nabi Adam sambil berkata:
“ Disebabkan kamulah aku menjadi malaun.”
Kemudian Iblis laknat bertanya kepada malaikat maut: “ Minuman apakah yang akan
kamu berikan kepadaku dan seksa apakah yang akan kamu kenakan tehadap ku?”
Malaikat maut berkata :” Kamu akan diberi minuman dari neraka Ladha, seksa yang
akan kamu terima serupa dengan seksa ahli neraka dan berlipat kali ganda.”
Mendengar hal yang demikian maka Iblis laknat pun
berguling diatas tanah sambil menjerit-jerit sekuat suaranya kemudian dia lari
dari barat ke timur dan berbalik sehingga sehingga dia sampai pada tempat yang
dia mula-mula turun ke bumi dulu dan disitu dia dihalang oleh Malaikat Zabaniah
dengan rantai di tangannya. Sedang bumi bagaikan api dikerumuni oleh
Malaikat Zabaniah yang menikam dengan bantulan dari neraka Ladha sehingga dia
merasakan seksa sakaratul maut, saat itu lalu dipanggil Nabi Adam dan Siti Hawa
untuk melihat keadaan Iblis laknat, maka bangkitlah Nabi Adam dan Siti Hawa
melihat akan keadaan Iblis terkutuk itu dan sesudah melihatnya maka Nabi Adam
dan Siti Hawa pun berdoa: Ya Allah , sesungguhnya engkau telah menyempurnakan
nikmatmu pada kami.
Demikian sedikit kisah tentang malaikat jabaniah
salah khilaf dalam posting mohon maaf yang sebesar besarnya..
Kisah ini hanya untuk berbagi bukan untuk mengajari
diambil dari berbagai sumber